Mengeratkan Silaturrahim......

selamat berkenalan kepada sesiapa yang membaca blog ini....

KEHIDUPANKU..SEBELUM DAN SELEPAS

mengisahkan kenangan manis bersama-sama teman dan keluarga..kenangan pertama kali menyertai sesuatu serta pengalaman yang indah yang menjadi kebiasaan.

Sunday, October 9, 2011

JODOH.... SIAPAKAH JODOH KITA??


by Indah Pelangi on Sunday, October 9, 2011 at 10:44am

Jodoh.. apa itu jodoh??

Situasi 1 : Perbualan rakan baik antara A dan B

A: jemput datang eh walimatul urus aku 30 hb nie.

B: wah, 10 taun kapel, akhirnya nikah jgk kamu.. tahniah bro

A: aku bkn kawen dgn dia la.. nie plihan mak aku..

B: lor.. mati2 aku ingat kau dgn dia bro.. kenapa?

A: dah xda jodoh nak wat cam na..

emmm.. betul jugak.. klo xda jodoh, xnikah jugak wlopon bercinta dh lama.

bertunang pon bleh putus..

klo ada jodoh tu bercinta zaman kanak2 pon bleh ke jinjg pelamin..

Situasi 2: perbualan rakan baik antara A dan B

A: 10 taun xjumpa.. anak brapa dah?

B: anak ap nya.. aku kawen pon x lg.

A: lorr.. kawan punya la ramai.. xkan xda satu pon y sangkut?

B: kawan mmg la ramai tp dh xberkenan nak wat cam na.. xda jdoh.

emmm.. btl jgk.. klo xda jodoh tu.. berkawan ramai pon xda satu pon y

suka.. tp klo ada jodoh tu.. berkawan xramai mna pon dan xlama mana pon

tp kejap ja boleh serasi.. pelik kan..

situasi 3: perbualan rakan baik antara A dan B

A: eh kau nie bla nak kawen eh?

B: xda jodoh la. sampai seru t aku kawen la..

A: seru ap nya.. klo x cari sampai mati pon seru tu xkn sampai

B: kau perli aku eh?

A: mna ad aku perli..cakap je la kau xcukop bajet.. kan senang..

emmm.. btl jgk.. jodoh tu kena usaha.. bkn sesuatu y dtg bergolek..

Jadi kesimpulannya jodoh tu merupakan pasangan (suami/isteri) y telah

diciptakan Oleh Allah untk kita sebagai pelengkap diri untuk melahirkan

zuriat untuk kesinambungan generasi manusia pada masa hadapan. Jodoh itu

sesuatu y perlu diusahakan,dicari, dihargai dan dijagai.Ada juga y

dikurniakan jodoh berkekalan sehingga ajal dtg menjemput dan ada juga y

sementara shja. Ada juga manusia y tidak dikurniakan jodoh oleh Allah di

atas muka bumi ini atas sebb2 y tertentu spt usia y singkat dsb.namun

Allah menggantikannya dgn sesuatu y lebih baik.

cthnya : Imam Shafie meniggal dunia ktika berusia 54 thun dan belom berkahwin.

namun sumbangannya dlm penyebaran agama islam sgt menggagumkan.

: Rabiatul Adawiyah juga tidak berkahwin wlopon rmai y dtg meminangnya

tetpi ditolak krn kecintaannya y hakiki kpd Allah.

berkahwin... emmm.. kenapa sy nak berkahwin??

Rata-ratanya y nak berkahwin, mempunyai jawapan y tersendiri biarpun

kadang2 jawapannya kedengarannya agak lucu...

-emm.. sbb ap ya.. ntah.. saya suka dia..

-saya manusia normal, saya perlukan teman hidup..

-sya teringin sgt nak pakai baju pengantin, macm tuan puteri..

-ekonomi saya dah kukuh, sudah tiba masanya saya kawen..

-kawan-kawan saya suma dah kahwin, saya pun nak kahwin jugak..

-saya sunyi, saya perlukan teman..

-saya nak suami kaya, nanti saya xpayah keja..

-saya xnak kawen pun tapi dah ayah saya y paksa saya kawen.. terpaksalah saya

kawen wlopon saya xsuka suami saya.. huhu.. ayah saya garang sgt..

-dan banyak lg jwpn-jwpn lain...

saya sendiri sering tertanya-tanya.. bagaimanakh jodoh pertemuan y diaturkan

Allah ini..sgt unik dan dan mempunyai kepelbagaian..

ada y senang mendapat jodoh..

ada jg y sgt susah mendpt jodoh..

ada jg suami y handsome tp isteri nya biasa-biasa saja bgtu jga sebaliknya..

ada suami miskin tp isterinya kaya-raya begitu juga sebaliknya..

ada suaminya tinggi tp isterinya rendah bgtu juga sebaliknya..

ada juga isterinya muda tp suaminya pangkat ayah bgtu juga sebaliknya..

ada jg pasangan y sama cantik sama padan.

hakikat sebenarnya.. jika Allah telah menemukan anda jodoh.. suka atau tidak suka..

terpaksa atau rela.. cinta atau benci.. handsome atau tidak.. kaya atau miskin..

lambat atau cepat.. anda mmg akan berkahwin juga.. kerana ia merupakan taqdir y telah

di tentukan oleh Allah. juga sbg satu bentuk pengujian Allah thdap hambaNya2..

namun takdir juga berubah mengikut masa serta usaha..

" dan ketahui olehmu bhwsanya tiap-tiap perkara y diqadakan Allah maka ada pd

ilmuNya maka iaitu sabit lagi hampir dan perkara y ditakdirkan Allah sampainya

kpd engkau tiada lain kecuali usaha dan usaha itu pun setengah drp qada Allah maka

jika kepayahan suatu maka iaitu dgn takdirNya dan jika membetuli sesuatu maka

iaitu dgn kmdahan drpdNya. dan tiap2 bg sesuatu itu ada bg nya sebab."--- sumber

rujukan Kitab A-Johor Al-Mauhub wa Minhat Al-Qulub.

pengujian Allah terhadap hamba2Nya jg bermcm-mcm.hanya y berjaya dlm ujian Allah shj

y akn mendpt keampunanNya serta keredhaanNya. dan syurga lah tempat kembali y sebaik2nya

bg org y beriman.

Dalam Surah Al-Hadid ayat 57 Allah telah berfirman y bermaksud :

" ketahuilah bhw sesungguhnya hidup di dunia ini hanya pergurauan, permainan, perhiasan

dan bermegah-megah antara kamu serta berlomba-lomba banyak pada harta-benda dan anak-anak.

umpama demikian itu seperti air hujan y menakjubkan org2 kafir krn tumbuh-tumbuhannya,

kmdian ia menjadi kering, lalu engkau lihat ia menjadi kuning, kmdian menjadi lumat (hancur).

dan di akhirat siksa y keras (utk org2 kafir), dan ampunan dan keredhaan Allah (utk org2

mukmin). hidup di dunia ini tidak lain, hanya kesukaan tipuan."

Bagaimanakah jodoh pertemuan y tlh diaturkan Allah buat hambaNya??

Allah telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 3 serta ayat 26 y bermaksud:

ayat 3... " Lelaki y berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan y berzina

pula atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin melainkan dengan

lelaki berzina pula atau lelaki musyirik. Y demikian itu diharamkan atas orang2

y beriman"

ayat 26... " Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat

utk perempuan2 jahat pula.Perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki

baik untuk perempuan-perempuan baik pula."

Drpd Abu Hurairah r.a, drpd nabi S.A.W. sabdanya:

"perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara iaitu krn hartanya, keturunannya,

kecantikannya, dan kerana agamanya. maka pilihlah y beragama, bahagialah engkau."

Benarkah jodoh kita tlh tertulis di Lauh Mahfuz??

Allah S.W.T menentukan rezeki, jodoh pertemuan , bahagia celaka serta ajal maut

seseorg.

Dalam surah Al-Hadid ayat 22 serta 23 Allah telah berfirman y bermaksud:

"tiadalah malapetaka (musibah) dibumi dan tiada pula pd dirimu, melainkan telah

termaktub dalam kitab (lauh Mahfuz), sebelum Kami mengadakannya. sungguh demikian

itu mudah bg Allah"

"(Kami katakan demikian itu), spy kamu jgn berdukacita ats sesuatu y tlh luput

drpd mu dan spy jgn bersuka ria, krn sesuatu y kamu peroleh. Allah tiada mengasihi

tiap-tiap org y sombong dan bermegah-megahan."

Allah telah berfirman dlm surah Ar-Rum ayat 21 y bermaksud :

" diantara tanda-tandaNya, bhw Dia menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu),

spy kamu bersenang-senang kpdnya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih syg dan rahmat.

sesungguhnya tntg demikian itu, menjadi ayat (tanda) bg kaum y memikirkan "

Dalam surah Asy-Syura ayat 42 Allah telah berfirman y bermaksud :

" y menciptakan langit dan bumi. Dia mengadakan jodoh (perempuan) bagimu, drp dirimu,

begitu pula jodoh-jodoh pada binatang2 ternak, sehingga kamu menjadi ramai. tak ada

sesuatu pun y menyerupaiNya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Apakah hikmahnya jodoh pertemuan ini??

-perkahwinan merupakan sunnah Nabi, sesiapa diantara kita menolak sunnah utk berkahwin

tidak akan diakui nabi sbg umatnya.

-selain itu sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat.

-juga sbg satu kaedah utk meramaikan bilangan umat manusia.. bayangkan jika Allah tidak

menentukankan jodoh pertemuan ini.. bagaimana manusia akan berkmbg dan membiak.

-jg untuk membuktikan keadilan Allah terhadap hambaNya..Allah memberikan sesuatu berdasarkan

usaha y dilakukan. jika kita berusaha begini, kita dapat begini.jika brusaha begitu

begitulah y akn kta dpt

-mengalakkan kita memperbaiki diri manjadi insan y maju, berkualiti, berketerampilan

serta bertaqwa.

bak kata cerdik pandai... usah mengharap suami semulia Saidina Ali jika diri tidak

sehebat Saidatina Fatimah.

-juga membentuk perasaan saling menghargai antara pasangan. lumrahnya kita akan menghargai

setiap benda/perkara y kta perolehi melalui hasil titik peluh sendiri (usaha keras)

berbanding benda/perkara y mudah utk diperolehi.

cthnya: utk berkahwin memerlukan sekurang2 nya hantaran belanja RM10000. jadi utk mendaptkn

seorg istri melibatkn proses y panjg dan rumit. bla dah berkahwin, suami akn berhati2 dlm

setiap tingkh lakunya, perasaannya serta akan mencurahkn ksh sygnya y xberbelah bg istri..

bygkn pula jka hantaran belanja cuma RM100 shj.. mungkin rmai y akan berglar janda muda

ataupn akan berkongsi suami dgn lg 3 madu.. bayangkan....

-jg merupakan jmbtan y mudah untuk ke syurga.berkahwin itu menjanjikan pahala y berterusan bagi

yang menjadikannya akhirat sbg destinasi utamanya.

Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut

kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun

perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi y indah.." "

Apakah tanda-tandanya Allah tlh membukakan pintu/jalan/lorong/peluang

utk kita mendapatkan jodoh??

-kdgkala hanya satu senyuman ikhlas dibibir shja

-kdg kala adanya chemical bonding antara satu sama lain y membuat hati selalu saling tahu..

dan bila dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama

lainnya pada situasi tertentu.

-kdgkla apabila bersamanya perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.

-kdgkala Allah bukakan pintu hati kita utk menerima cinta sehingga kta xsedar pun bilakah

wujudnya perasaaan itu.

-dan bnyk lg...

untuk mendapat pasangan y baik berusahalah terlebih dulu menjadi baik dan mintalh pd Allah.

berdoalah kpd Allah seperti doa y tdpt dlm surah Al- Furqan ayat 74 y bermaksud :

" ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak y menggirangkan hati kami,

dan jadikanlah kami imam (ikutan) bg org2 y bertaqwa."